RM140.00
Combo Ustaz Syaari Ab Rahman : Kisah Ibrah Dari Al-Quran
Price RM140.00
Product SKU syaari-kisah-ibrah
Brand Iman Publication
Availability Out Of Stock
Shipping Fee
Description

Available for single or combo purchase. Please choose at variation.

Koleksi Ustaz Syaari :

1. MENGGAPAI BINTANG: IBRAH KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN⁠
Kisah-kisah dalam Al-Quran bukan sekadar cerita penghias Al-Quran. Terkadang kita rasa seperti kisah-kisah ini adalah cerita lampau, jauh dan tiada kaitan dengan kehidupan masa kini. Buku ini hadir untuk merapatkan jurang tersebut agar kita rasa dekat dengan kisah-kisah ini; sekali gus memaknai ibrahnya dalam memandu kehidupan kita.⁠

2. PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DALAM AL-QURAN⁠
Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna.⁠

Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.⁠

3. LELAKI YANG HEBAT-HEBAT DALAM AL-QURAN
Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat. ⁠

Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.⁠

4. KELUARGA YANG SETIA MENYAYANGI DALAM AL-QURAN

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika
pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya.

Bahagia bukanlah bermaksud tiada adik-beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik- beradiknya.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui
sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran. Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan.

Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews