RM94.50 RM105.00
Combo Ustaz Pahrol Mohamad Juoi : Berteduh (3 Books)
Price RM94.50 RM105.00
Product SKU combo-ustaz-pahrol-berteduh
Brand Iman Publication
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description

Available for single or combo purchase. Please choose at variation.

 

1. USTAZ PAHROL MOHD JUOI : BERTEDUH UNTUK KETENANGAN HATI 

Ada waktunya kita rasa hidup ini kurang bermakna, sedangkan segala-galanya nampak cukup dan sempurna. Seharusnya kecukupan ini mendatangkan bahagia yang didamba.

Di manakah sebenarnya ketenangan?

Saban hari, dari pagi hingga malam kita mencari dan mengimpikan rasa tenang.

Ia sentiasa datang dan pergi dengan sendiri. Ketenangan itu tidak pernah kekal dengan kita, dan akan selalu didamba.

Mungkin sebenarnya, ketenangan hakiki itu tidak terletak di dunia. Tenang hadir hanya sementara, cukup untuk membuatkan kita ternanti-nanti bila ia akan hadir semula.

Buku ini hadir untuk memberikan pesan-pesan buat sebuah hati, sebagai bekalan menuju ketenangan yang abadi. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyedarkan kita akan hakikat masalah dan cabaran kehidupan ini yang tidak akan luput. Atas sebab itu, kita perlu menyediakan hati yang kuat untuk menghadapinya.

 

2. USTAZ PAHROL MOHD JUOI : BERTEDUH KERANA KEKOSONGAN HATI 

amun, hati kita tetap berasa kosong.

Mengapa?

Hakikatnya/ternyata, bahagia yang sebenar bukanlah terletak pada nilaian kerjaya, wang dan harta. Bahagia, terletak pada bahagianya sebuah hati.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengajak kita untuk berkenalan semula dengan hati bagi mengisi kekosongan yang dirasai. Melalui pengalaman yang tersulam hikmah, beliau merungkai peranan hati dalam mendatangkan kebahagiaan buat pemiliknya. Barulah kebahagiaan yang diburu itu benar-benar dirasai, Insya-Allah..

3. USTAZ PAHROL MOHD JUOI : BERTEDUH DARIPADA KEGELISAHAN HATI

Gelisah, risau, takut, putus asa.

Mengapa emosi sebegini yang selalu membekas dalam hati kita? Ia datang bersilih ganti, sama ada kita sedar ataupun tidak.

Kita mencuba bermacam-macam cara untuk keluar daripada rasa gelisah. Adakalanya ia menyembuhkan, namun adakalanya meninggalkan luka yang semakin mendalam.

Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews