RM50.40 RM56.00
Combo Ustaz Pahrol Mohamad Juoi : Hebatnya Cinta
Price RM50.40 RM56.00
Product SKU pahrol-hebatnya-cinta
Brand Iman Publication
Availability In Stock
Shipping Fee
Quantity
Description

Available for single or combo purchase. Please choose at variation.

 

1. Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga 

Akan ada ketika, kita terasa seperti tidak mengenali pasangan kita. Dia menjadi ‘orang lain’, seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumah tangga setelah sekian lama.

Apabila usia perkahwinan semakin bertambah, dirasakan tiada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dilalui sebelum itu. Segala-galanya menjadi semakin suram.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi membawa kita meniti makna dan definisi cinta yang sebenar seterusnya memberi nasihat bagaimana untuk merawat keretakan cinta dalam rumah tangga.

 

2. Bawa Cinta Kita Ke Syurga 

Manusia secara fitrahnya inginkan cinta. 

Tetapi, cinta semata-mata tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian sesebuah rumah tangga, terutamanya apabila pasangan sudah jemu dan mula berubah. 

Maka, adakah kita sudah tersilap memilih pasangan?

Haruskah rumah tangga berakhir dengan hilangnya cinta? 

Buku ini mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T.

Penulis memberi nasihat bagaimana kita harus mengemudi bahtera sehingga akhirnya, kita mencapai matlamat perkahwinan yang sering disebut-sebut itu: SYURGA. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews